Friday 27 March 2015

Tips Apabila Anda Tahu Anda Hamil

Teks: Irni Suhana Muhamad

Apa yang anda perlu buat bila nampak 2 garis ni?

Tahniah! Anda Mengandung!!


1.   Beritahu orang tersayang
  • 2 garis pada alat penguji kehamilan, bermakna anda sedang hamil. Tahniah! Perkara pertama yang anda perlu buat adalah, beritahu orang tersayang. Kongsikan detik indah ini bersama suami anda. Anak anadalah anugerah terindah dari Allah. Samaada anda bersedia atau tidak, percayalah, anda akan berterima kasih kepada Allah kerana proses kehamilan adalah satu kenangan terindah bagi seorang wanita.

2. Buka kad merah
  • Untuk membuka kad merah ataupun buku ibu mengandung atau juga dikenali sebagai buku rekod antenatal, anda perlu pergi ke klinik kesihatan berhampiran rumah anda. Apa kata anda cuba ‘google’ no telefon berhampiran anda dan bertanyakan di klinik kesihatan mana yang anda patut pergi kerana kebanyakan klinik kesihatan hanya menerima orang di dalam kawasan seliaan mereka bagi tujuan membuka buku merah. Hal ini untuk rekod dan memudahkan mereka untuk mengadakan lawatan ke rumah.

  • Jika anda ingin membuka buku merah, dinasihatkan supaya anda pergi pada waktu pagi kerana proses membuka buku agak lama dan banyak ujian perlu dijalankan. Jangan melambat-lambatkan membuka buku merah kerana semasa pemeriksaan pertama, anda dapat memastikan tahap kesihatan anda, umur kandungan anda dan keadaan ‘si dia’ di dalam perut anda.

  • Di samping itu, klinik kesihatan juga akan membekalkan ‘supplement’ untuk anda.

3. Mengamalkan membaca al-Quran

  • Bagi yang beragama Islam, kita disarankan untuk sentiasa membaca Al-Quran tidak kira mengandung atau tidak. Apabila telah mengandung, kita mempunyai sebab yang lebih kuat untuk membaca Al-Quran. Terdapat banyak cerita yang saya dengar, jika ibu sentiasa membaca/mendengar ayat Al-Quran semasa mengandung, dengan izin allah, proses kelahiran menjadi lebih mudah.

  • Surah amalan semasa mengandung adalah Surah Yusuf iaitu supaya elok pembentukan anak, Surah Luqman supaya anak yang lahir seorang yang bijaksana dan surah Maryam supaya allah memudahkan proses kelahiran bayi. Ini adalah peringatan untuk diri saya juga supaya tidak meninggalkan amalan ini.

4. Makan makanan berkhasiat

  • Setelah mengandung, kita mesti ingat bahawa ‘seseorang’ juga sedang makan apa yang kita makan. Anak dalam kandungan akan menyerap nutrien daripada kita. Kita perlu mengamalkan makanan yang baik. Elakkan daripada mengambil makanan yang tidak berkhasiat seperti makanan ringan. Banyakkan juga memakan buah sega.

5. Makan ‘supplement’

  • Apabila anda ke klinik. Doktor akan memberikan anda asid folik. Asid folik sangat penting bagi pembentukan tulang belakang bayi. Jika semasa pemeriksaan anda mempunyai nilai haemoglobin yang rendah dari normal, anda akan diberikan ferrous fumerate dan vitamin C 50mg. Makan ferrous fumerate boleh menyebabkan anda sembelit, jadi minum banyak air dan makan makanan berserat seperti buah supaya dapat mengurangkan sembelit.

  • Sebagai alternatif, anda boleh mengambil set  mengandung Shaklee. Set mengandung Shaklee terdiri daripada:

  • Vitalea: untuk meningkatkan haemoglobin dan mengurangkan rasa lesu anda
  • B-complex: mengandungi asid folik, mengurangkan alahan mengandung, mengurangkan stress
  • Vitamin C: vitamin C penting bagi mengoptimumkan penyerapan zat besi. Zat besi penting untuk pembentukan haemoglobin. Vitamin C juga boleh meningkatkan imunisasi badan. Ibu mengandung perlu menjaga kesihatan diri dengan baik.
  • Osteomatrix: Osteomatrix kaya dengan kalsium dan vitamin D. Osteomatrix terbukti mengurangkan rasa kejang pada ibu mengandung teritama sewaktu tidur. Selain itu, kaslium sangat diperlukan bagi ibu dan perkembangan bayi dalam kandungan.
Love,
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 5157141 
irnisuhanamuhamad@gmail.com
 



Wednesday 25 March 2015

Kisah Saya & Pitam

Teks: Irni Suhana Muhamad

Anda pernah tak rasa nak pitam? Pandangan jadi gelap dan rasa macam nak pengsan. Bila saya ingat balik pengalaman pitam saya, saya rasa macam nak gelak. Ada beberapa kisah pitam yang segar di ingatan saya..

Kisah 1

Masa tu saya dalam tingkatan 3 atau 4. Saya tinggal di asrama dan kehidupan saya memang tak aktif. Banyak makan tapi kurang 'exercise'. Suatu hari, semasa pulang ke rumah sewaktu 'pulang bermalam', adik saya ajak saya jogging selepas subuh. Jadi, kami jogging keliling hadapan rumah. Saya jogging ikut adik saya. Saya pun tak pasti sudah berapa kali kami pusing, tapi saya ikut je. Masa tu saya memang semangat sebab nak kuruskan badan. Almaklumla saya memang gemuk masa tu! Lari punya lari, bila berhenti, saya rasa gelap. Rasa dunia berpusing. Saya terus berpegang pada tiang rumah. Masa tu ingatkan saya dah nak mati.. Masa tu jugak saya berazam tak nak jogging dah, tapi jogging jugak lepas tu..hehe



Kisah 2

 Masa ni pulak, masa saya belajar kat UKM  kampus Kuala Lumpur. Tempat yang saya suka untuk jogging adalah Taman KLCC. Saya dan kawan-kawan selalu ke sana dengan menaiki bas Rapid KL.

Masa tu saya dah lama tidak jogging. Pada suatu hari, saya pergi bersama Ala, Diha dan Hani. Sebab dah lama tak jogging, saya memang excited sangat nak jogging.. Dengan bangganya saya jogging tanpa henti keliling satu track jogging klcc. Kawan2 semua saya tinggal belakang. Kononnye sebab saya dah biasa jogging tanpa henti, jadi hari tu pun, saya berlari tanpa berhenti berjalan pun.

 Mungkin sebab dah lama sangat tak jogging, apabila berhenti, saya mula rasa nak pitam. Cepat2 saya berpegang pada kotak elektrik yang ada kat situ, kalau tak, memang saya dah jatuh pengsan. Kemudian, Ala dan Diha sampai. Mereka panik tengok muka saya dah pucat lesi. Kemudian Hani pulak sampai. Saya minta air dari mereka, nak suruh rasa segar sikit.

 Hani pun berlari ke air pancut (kat klcc memang ada air pancut yg boleh diminum). Disebabkan tiada bekas, Hani letak dalam tapak tangan dan berlari kembali ke arab saya. Tapi, bila dia dah sampai, semua air dah habis jatuh. Tinggal tapak tangan yang basah je. Dalam nak pitam tu, saya rasa nak gelak je tengok Hani. Hani, awak comel sangat..hehe.. Lepas tu pun, insaf kejap..tak nak jogging sungguh2 dah.. :p

Kisah 3

Yang ni yang paling latest. Yang ni terjadi masa saya bekerja di Hospital Kuala Krai. Kejadian nak pitam ni berlaku semasa saya keluar dari tandas. Suatu hari, tak tahu kenapa, bila saya keluar dari tandas klinik, saya rasa pandangan saya menjadi gelap dan saya rasa nak pitam. Nasib baik, kat luar tandas ada kerusi di pantri. Saya cepat2 duduk. Masa ni pun saya minta air. Kak na (staf nurse kat situ) cepat2 lari keluar dari pantri dan ambil sesuatu.

Dalam pandangan yang tak berapa jelas, saya nampak kak na nak cucuk sesuatu. Saya ingatkan dia nak cucuk saya, maklumlah dia kan staf nurse. Tapi rupanya dia nak cucuk air kotak. Yang ni pun saya rasa nak gelak bila ingat balik. Pengalaman di Kuala Krai sangatlah tidak dapat dilupakan kerana staf di sana tersangatlah baik.

Sebenarnya, tanpa saya sedari sebenarnya saya tengah mengandung masa nak pitam kat tandas tu. Tapi, masa tu belum ada rezeki Auni Amni nak dapat adik sebab saya mengalami keguguran selepas tu.


Sekian, cerita merapu dari saya, seorang yg mempunyai hemoglobin (hb) rendah dan selalu nak pitam.. Tapi itu dulu, sekarang saya bukan macam dulu. Mudah sangat nak pitam. Alhamdulillah hb saya pun dah cantik. Nanti next entri saya cerita macam mana saya naikkan hb saya.

LOVE,
IRNI SUHANA MUHAMAD
0145157141
irnisuhanamuhamad@gmail.com

Friday 20 March 2015

Simptom dan Rawatan Denggi

 Teks: Irni Suhana Muhamad

Sejak kebelakangan ini, kita sering dikejutkan dengan wabak denggi yang semakin berleluasa. Sebagai seorang ibu, pastinya kita akan risau jika anak-anak demam. Hal ini kerana denggi tidak mengenal siapa, tidak mengenal usia. Menurut laporan Sinar Harian bertarikh 28 Januari 2015, sebanyak 8,502 kes denggi dilaporkan di seluruh negara bagi tiga minggu pertama tahun ini, yang meningkat 65 peratus berbanding 5,141 kes yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lepas.


Jom kita kenali tanda-tanda demam denggi:

1. Demam dengan suhu yang sangat panas sehingga mencapai suhu 40 - 41 C dan selalunya berlarutan selama 2 hingga 7 hari.
2. Demam yang sangat panas boleh menyebabkan serangan sawan di kalangan kanak-kanak berusia bawah 6 tahun.
3. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi.
4. Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
5. Muntah dan kurang selera makan.

(sumber: Portal Rasmi MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia)

Kalau kita perhatikan ada salah satu tanda pada anak kita, cepat-cepatlah kita bawa mereka ke klinik untuk pemeriksaan darah.

Dan di bawah ini, saya ingin kongsikan sebuah video tentang tips merawat demam denggi daripada pakar pemakanan, Puan Siti Sarah.



Nak Rawat Demam Denggi Tanpa Ubat? Ini Membantu... from iReach HD on Vimeo.



Love,
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141 
irnisuhanamuhamad@gmail.com
 

Wednesday 11 March 2015

Pengenalan Diri

Teks: Irni Suhana Muhamad

Bismillahirrahmanirrohim..

Assalamualaikum w.b.t. Salam perkenalan diucapkan kepada semua. Saya Irni Suhana Muhamad, berasal dari Kelantan. Pada tahun ini usia saya mencecah umur 27 tahun. Alhamdulillah kerana dipanjangkan usia dan diberikan rahmat oleh Allah S.W.T. Kini saya sudah berkahwin dengan jejaka pujaan hati saya, Wan Annwarul Imran Wan Fasddi pada 28 Oktober 2012 dan kami telah dikurniakan 2 orang anak. Anak sulung kami merupakan sepasang kembar seiras. Kedua-duanya adalah perempuan. Namanya adalah Wan Auni Sofia dan Wan Amni Sofia. Alhamdulillah juga kerana kini saya sedang mengandungkan anak yang ketiga. Semoga Allah sentiasa memberikan perlindungan kepada kita semua.

Saya merupakan seorang ibu dan isteri yang bekerjaya. Saya bekerja sebagai optometris di Hospital Jeli. Saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Optometri di Universiti Kebangsaan Malaysia, Kampus Kuala Lumpur. Saya menamatkan pengajian pada tahun 2011 dan kemudian mula bekerja di pusat optometri, Menara Optometri Centre Sdn. Bhd. Selepas setahun bekerja di sektor swasta, pada bulan Julai 2012 saya mendapat tawaran untuk bekerja di sektor kerajaan pula. Saya melaporkan diri sebagai Pegawai Optometri Hospital Bintulu, Sarawak. Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Begitulah perumpaan hidup saya. Hampir setahun saya bertugas di Hospital Bintulu, dengan izin Allah saya berjaya bertukar ke Negeri Kelantan. Pertukaran itu berlaku semasa saya dalam pantang si kembar. Mungkin rezeki anak J


Sekarang, anak kembar saya sudah berumur 1 tahun 8 bulan. Saya sangat gemar mengikuti perkembangan pembesaran mereka supaya perkembangan mereka itu selari dengan pertambahan usia mereka. Saya juga berazam untuk memberi susu ibu secara ekslusif kepada anak yang bakal saya lahirkan nanti. Kegagalan menyusukan anak sulung secara ekslusif membuatkan saya insaf. Walaupun saya dikurniakan susu badan yang banyak, namun akibat kekurangan ilmu, saya tidak berjaya menyusukan anak sepenuhnya. Sebaliknya, pada seawal usia 21 hari, anak-anak saya sudah mula diperkenalkan dengan susu formula. Walhal, saya tahu susu ibu adalah susu yang terbaik.
Tujuan saya membuat blog ini adalah supaya saya dapat berkongsi segala ilmu yang saya dapat dengan anda semua. Saya ingin kita semua menjadi manusia yang berilmu dan kita semua dapat memperbaiki diri kita menjadi insan yang lebih baik.

Akhir kata dari saya, terimalah serangkap pantun:

Ada perigi ada timba,
Bercanda mandi si anak dara,
Ada ilmu kita kongsi bersama,
Sebagai tanda kasih sayang semua.

Semoga anda mendapat manfaat dari blog ini. Salam sayang dari saya. Wasalam.