Tuesday 28 April 2015

Anak tak kenyang bila menyusu? Perlu susu formula?

Teks: Irni Suhana Muhamad
Foto: Carian Google
"Anak saya selalu menangis.. Saya sudah memberikannya susu, tetapi tidak lama selepas itu dia akan menangis lagi..Adakah susu saya tidak cukup? Adakah saya perlu memberikan susu formula kepada bayi saya?"
Perkara ini sering membelenggu fikiran saya semasa berpantang dahulu apabila anak kembar saya selalu menangis seolah-olah tidak kenyang walaupun kuat menyusu. Semasa mengandung, saya sudah berazam untuk memberi susu ibu secara ekslusif kepada bayi saya, sampaikan botol susu pun saya tak nak beli, lantas saya tidak berputus asa untuk menyusukan bayi saya.

Masih segar dalam ingatan saya, pada hari ke-21, emak mencadangkan supaya saya memberikan susu formula kepada anak kerana berpendapat anak tidak cukup susu dan kegagalan saya menyusun strategi supaya anak kembar saya tidak perlu menunggu giliran untuk menyusu. Pada mulanya, saya menolak cadangan tersebut.

Namun, akibat daripada kurang ilmu, saya akhirnya bersetuju. Selain itu, saya juga tidak mahu menyusahkan emak bila anak asyik menangis. Bermula pada hari itu, saya gagal untuk memberikan susu ibu secara eksklusif kepada bayi kembar ini. Hal ini terjadi kerana kurangnya ilmu. Jadi, saya ingin berkongsi di sini supaya anda semua tidak melakukan kesalahan yang sama seperti saya.

"Jika betul anak saya sudah mendapat susu ibu yang cukup, jadi kenapa anak saya selalu menangis dan nak susu?"

Jawapan saya adalah yang pertama, bayi hanya tahu menangis, sama ada lapar, tidak selesa, mengantuk, ingin dipeluk dan mungkin juga bayi kita bosan dan ingin diberi perhatian. 

Yang kedua, perut bayi adalah kecil dan susu ibu mudah dihadam. Jadi, dalam masa yang singkat, bayi akan berasa lapar semula.

Yang ketiga, bayi cepat lapar kerana tidak mendapat hindmilk. Ini juga adalah ilmu baru yang saya pelajari. Susu ibu terbahagi kepada 2 komponen, iaitu foremilk dan hindmilk. 

Foremilk adalah susu pada bahagian hadapan payudara yang mana sifatnya lebih cair dan untuk menghilangkan dahaga. Apabila susu foremilk telah habis diminum oleh bayi, kemudian barulah bayi akan mendapat susu hindmilk. Sifat susu hindmilk adalah lebih pekat dan mengeyangkan.



Tengok, perbezaannya sangat ketara kan? 

Tips berguna yang saya perolehi adalah, kita perlu mengosongkan sebelah payudara terlebih dahulu sebelum menukar bayi ke sebelah payudara lagi. Hal ini adalah untuk memastikan bayi mendapat kedua-dua susu foremilk dan hindmilk. Perkara ini adalah sangat penting untuk memastikan bayi mendapat zat yang optimum dan juga bagi mengelakkan perut bayi kembung.

Salah satu tanda bayi tidak mendapat susu bekalan susu foremilk dan hindmilk yang seimbang adalah najis bayi berwarna kehijauan. Tetapi, ibu bapa tidak perlu risau. Cuba praktikkan kosongkan susu sebelah payudara dulu ok..



Saya mendoakan semoga kita semua dapat memberikan susu ibu sepenuhnya (tanpa campuran susu formula) sekurang-kurangnya sehingga anak berumur 6 bulan. Dengan memberikan susu ibu, anak dan ibu sama-sama mendapat manfaat. Bagi ibu atau bakal ibu semua, jom kita tanamkan azam untuk menyusukan permata hati kita dan mencari ilmu untuk menjayakannya. 

Untuk entry seterusnya, saya akan kongsikan tips menyusukan bayi kembar. Saya juga akan kongsikan pengalaman saya. Wasalam, jumpa lagi ye :)

LOVE,
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com







Sunday 19 April 2015

Anak Sembelit Sampai Kena Seluk Tangan Nak Korek

Teks: Irni Suhana Muhamad
Video: Ireach Vimeo

Anak kecil berusia setahun ini sudah mula makan makanan pepejal dan masih minum susu. Namun, setiap kali ingin membuang air besar, anak kecil ini sering menangis. Pada mulanya ibu tidak perasan anaknya sembelit untuk membuang air besar, tetapi apabila Ibu perasan anak mengambil masa yang lama untuk membuang air besar, Ibu ini baru dapat mengetahui bahawa anaknya mengalami SEMBELIT!

Sehingga satu tahap, apabila anak kecil ini ingin membuang air besar, Bapa sudah bersiap sedia memakai plastik di tangan untuk membantu menarik 'poo poo' anak kesayangan.

Si Ibu juga sudah cuba memberikan makanan berserat seperti buah pisang dan buah betik. Selain itu, si Ibu memberikan anak kecil ini makanan yang mudah dihadam seperti bubur. Namun, masalah sembelit anak kesayangan masih berterusan.

Semakin sedih hati Ibu apabila anak kesayangan mulai tidak mahu makan kerana takut untuk membuang air besar. Berat badan anak mulai susut.

Lantas si Ibu membawa anak kesayangan untuk berjumpa dengan doktor. Doktor menasihatkan supaya cuba memberi 'supplement' kepada anak kecil ini. Sementara Ibu belum menjumpai supplement yang sesuai, ada satu ketika, anak kecil ini terpaksa di beri ubat bontot kerana dia susah sangat untuk membuang air besar. Ibu berasa sangat sedih dengan keadaan anak kecil kesayangan.

Ibu mula mencari info di internet mengenai supplement yang sesuai untuk anak. Ibu menjumpai info mengenai Mealshakes Shaklee dapat mengatasi masalah sembelit. Lantas, tanpa membuang masa, ibu membelikan Mealshakes untuk anak kesayangan. Hanya dalam masa 2 hari, ibu sangat gembira dengan perubahan anak kesayangan. Anak kesayangan tidak lagi menangis ketika ingin membuang air besar dan mula meminta nasi untuk makan.Walhal, sebelum ini anak kesayangan selalu menolak untuk makan kerana trauma untuk membuang air besar. Badannya juga menjadi sangat kurus. Hidup anak kecil ini berubah apabila si Ibu membuat pilihan bijak dengan memilih Mealshakes.

Kebahagian dan senyuman anak adalah kebahagian setiap ibu.

Inilah dia perkongsian daripada Puan Fara Hana mengenai pengalaman anak kecilnya mempunyai sembelit teruk sehingga terpaksa dikorek (ngeri bunyinya kan?). Jom ibu-ibu, kita buat pilihan bijak untuk anak kesayangan.
Di sini saya kongsikan video daripada Puan Fara Hana


Anak Sembelit Teruk Sampai Kena Seluk Tangan Nak Korek from iReach HD on Vimeo.


Love,
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141 
irnisuhanamuhamad@gmail.com

Saturday 18 April 2015

Resepi Telur Gulung @ Egg Rolled Korea Versi Melayu

Teks: Irni Suhana Muhamad
Foto: Galeri Foto

Assalamualaikum..

Anda suka tonton cerita korea tak? Kalau anda perasan, ada antara mereka yang membawa 'egg rolled' sebagai 'lunch box' mereka. Teringin tak nak makan macam mereka? Kat sini saya kongsikan cara-cara buat 'egg rolled' versi Melayu :)



Bahan-bahan: (untuk 4-5 orang makan)
4 biji telur ayam
1 sudu mayonis
1/2 batang lobak merah (carrot)
2 cucuk sate kebab (boleh ganti dengan sosej)
1/2 sudu mentega
secubit garam

Cara-cara:
1. Basuh telur ayam terlebih dahulu untuk memastikan kebersihan telur.
2. Masukkan sesudu mayonis dan secubit garam ke dalam telur.
3. Pukul telur dengan pemukul telur elektrik atau manual, atau boleh juga cuba guna blender kalau tiada pemukul telur. Pukul sampai kembang.
4. Hiris lobak merah dengan potongan dadu.
5. Rendam lobak merah dalam air panas (lebih kurang 5 minit)
6. Hiris sate kebab nipis-nipis. Sate kebab boleh digantikan dengan sosej. Saya lebih suka memilih sate kebab kerana ia produk muslim dan tanpa MSG.
7. Goreng sate kebab tanpa minyak supaya masak sedikit.
8. Toskan air panas pada lobak merah dan campurkan ke dalam telur. Tambahkan juga sate kebab ke dalam telur dan kacau.
9. Panaskan 'non stick pan' atau boleh juga guna pemanggang ajaib. Letakkan sedikit mentega.
10. Masukkan bancuhan telur tadi. Guna api perlahan. Biarkan seketika sehingga garing sedikit di bahagian bawah telur.
11. Apabila bahagian bawah telur mula garing, bolehlah kita mula menggulung telur.
12. Lepas dah siap gulung, boleh angkat egg rolled kita tu.
13. Potong gulungan telur itu dan sedia dihidang.
14. Untuk lebih sedap, hidangkan dengan sos cili.

Selamat mencuba! Sekarang, bolehlah kita makan sambil berangan berada dalam cerita Korea ;P

*Resepi ini saya perolehi daripada blog ini dan telah diubahsuai sedikit sebanyak.

Love,
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141 
irnisuhanamuhamad@gmail.com

Penjagaan Bayi Kembar Dalam Kandungan

Assalamualaikum wbt

Seronok kan, sekali bersalin dapat 2 orang terus? Bak kate orang, double joy gitu.. Kalau yang dapat tiga terus tu macam mana pula? triple joy la kot kan?

 Pertama sekali, saya ucapkan tahniah kepada ibu-ibu yang sedang mengandungkan anak kembar. Terdapat dua jenis kembar, iaitu kembar seiras dan kembar tidak seiras. Kembar seiras terhasil daripada satu ovum dan satu sperma. Sel-sel membahagi dengan cepat menghasilkan 2 zigot, seterusnya menghasilkan 2 fetus/bayi. Bagi kembar tidak seiras pula, ia terhasil apabila 2 ovum dilepaskan pada satu masa dan disenyawakan oleh 2 sperma.

Sedikit Tips Semasa Mengandung Bayi Kembar dari saya adalah:

1.   Bersedia dari segi mental dan fizikal
Orang yang sedang mengandung kembar akan mengalami alahan mengandung lebih sedikit daripada orang yang mengandung seorang bayi kerana perubahan hormon dalam badan. Jadi, kita perlu bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi semua ini. Dari segi mental, kita perlu sentiasa berfikiran positif dan mendapatkan sokongan suami. Dari segi fizikal pula, kita perlu cuba untuk mendapatkan nutrisi yang terbaik supaya bayi dalam kandungan mendapat semua zat yang diperlukan. Boleh rujuk di SINI bagaimana untuk mengurangkan alahan.

2.   Banyakkan rehat dan kurangkan membuat kerja berat
Mengandung bayi kembar membutakan kita lebih berisiko untuk mengalami keguguran. Jadi, elakkan membuat kerja berat bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Pasangan sangat memainkan peranan penting semasa isteri mengandung.

3.   Sentiasa berdoa dan berfikiran positif supaya dapat bersalin secara normal
Selalunya memang biasa, orang menyangka jika mengandung kembar, kita perlu menjalani caesar untuk melahirkan bayi. Tambahan pula, jika sedang mengandungkan anak sulung. Pengalaman saya sendiri, iaitu orang sekeliling memberitahu bahawa saya perlu menjalani caesar untuk bersalin supaya kedua-dua anak selamat dan bermacam-macam cerita menakutkan yang saya dengar. 
Namun, setelah berbincang dengan doktor yang merawat, doktor menyatakan bahawa saya boleh mencuba untuk bersalin secara normal. Jadi, kita perlu sentiasa berfikiran positif. Semasa mengandung, kita boleh menggunakan teknik bayangan. Ha macam mana tu?

Teknik bayangan, adalah kita cuba membayangkan kita bersalin secara normal dan tiada masalah akan berlaku. Kedua-dua bayi keluar dengan selamat dan kita dapat memeluk bayi itu. Beberapa bulan sebelum bersalin, saya mula mengamalkan teknik bayangan itu, teruatama sebelum tidur, di samping berdoa kepada Allah supaya dapat melahirkan anak secara normal. Alhamdulillah semasa proses kelahiran bayi kembar saya, prosesnya sangat mudah walaupun ketika itu saya baru pertama kali melahirkan anak. Segalanya adalah daripada pertolongan Allah.

4.    Bersedia untuk bersalin lebih awal daripada tarikh jangka
Selalunya apabila kita mengandung anak kembar, kita akan bersalin 2-3 minggu lebih awal. Selalunya doktor akan menasihatkan kita untuk bersalin lebih awal supaya bayi tidak berlebihan berat semasa dalam kandungan dan supaya bekalan makanan dan oksigen dapat dibekalkan dengan optimum.

Selepas bersalin, mesti ada yang takut gemuk kan. Jika ada yang rasa macam saya ni, jom tonton video daripada Pn Salwa ni, macam mana dia boleh hilang 20kg selepas bersalin.



Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.

Ok sekian sahaja daripada saya. Jaga diri ya ibu-ibu sekalian.

Love,
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141 
irnisuhanamuhamad@gmail.com


Salam Jumaat..

Salam Sayyidul Ayyam..Salam Jumaat..Salam penghulu segala hari..

Alhamdulillah kerana kita masih diberi peluang untuk hidup. Alhamdulillah hari ini kami sekeluarga berpeluang ke masjid untuk mendengar majlis ilmu.

Sedikit perkongsian daripada Usrah Nurani di IKIM fm petang tadi mengenai kemajuan teknologi dalam menuntut ilmu. Ada satu perkara yang amat menarik perhatian saya. Eh bukan satu, tapi dua..hehe

1.  Belajar membaca Al-Quran melalui you tube atau quran digital
Kepada beginner yang baru mula belajar, kita perlu mencari guru untuk belajar. Sebagai contoh, kita rasa kita sebut dah betul, tapi sebenarnya salah. Jika kita mempunyai guru yang mendengar bacaan kita itu, guru akan terus dapat memperbaiki bacaan kita.

2.  Apa beza dengar majlis ilmu di you tube dan juga di masjid?
Memang sekarang kita tiada masalah untuk mendapatkan ilmu. Cuma klik, dan kita akan mendapat pengisian rohani. Kita boleh meneruskan amalan ini, cuma sebaiknya kita perlu mencari ruang untuk menghadiri masjlis ilmu. Hal ini kerana terdapat banyak fadhilat dan kelebihan yang kita akan dapat apabila menghadiri majlis ilmu seperti berada di taman syurga apabila berada dalam majlis ilmu di samping doa daripada malaikat. Ini adalah pesanan dan peringatan kepada diri saya sendiri supaya kami sekeluarga dapat meluangkan masa untuk menghadiri majlis ilmu.


Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan semoga hari esok bertambah baik dari hari ini..InsyaAllah..

Love,
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141 
irnisuhanamuhamad@gmail.com

Thursday 16 April 2015

Saya Suka Minum air Masak!

 
Saya suka minum air masak! Tapi tak semua orang suka minum air masak kan? Susah juga kan bila minum air masak kita sampai boleh rasa nak muntah. Namun hakikatnya badan kita sangat memerlukan air masak. 60-70 % kandungan badan kita adalah air. Jadi sangat penting untuk kita sentiasa menggantikan kandungan air ini. Jika air yang diminum tidak mencukupi dengan keperluan sebenar badan, kita boleh mengundang penyakit lain pada badan. Jadi macam mana caranya kita nak mendidik diri untuk banyak minum air? 


 1.    Beli botol air yang senang dibawa ke mana-mana
  • Apabila kita mempunyai bekalan air bersama, kita boleh terus minum apabila berasa dahaga. Sebaliknya jika kita tidak membawa bekalan air sendiri, mungkin kita akan mengabaikan rasa dahaga itu dek kerana kesukaran mendapatkan air dengan cepat. Kehidupan kita seharian pastinya sangat sibuk sampai boleh lupa minum air. Jadi, kalau dah ada air depan mata, insya-Allah kita tidak akan lupa untuk minum air.

2.   Sedar kepentingan meminum air yang cukup
  • Anda ingin memiliki kulit yang cantik macam dia tak? Ok, sekarang mulakan dengan minum air masak yang cukup. Kulit yang gebu halus itu memerlukan air yang cukup untuk dicipta :)
  • Ingin kekal langsing? Juga, anda perlu minum air yang cukup. Air masak adalah tanpa kalori. Jadi jangan risau untuk minum banyak air, tapi jangan sampai berlebih-lebihan. Pernah tak anda berasa lapar, lepas tu anda minum secawan air dan berasa kenyang? Nah, ini kerana badan anda keliru dengan perasaan lapar atau dahaga. Rasa dahaga kadang-kadang disilap tafsir sebagai lapar. Jadi sentiasa minum air yang cukup untuk mendapatkan badan yang sihat dan langsing. 

  • Kekurangan air juga boleh menyebabkan seseorang itu berasa cepat letih atau pening kepala. Hal ini boleh berlaku apabila badan kita mengalami dehidrasi atau kekurangan air.
  • Sistem badan menjadi lebih lancar. Apabila kita minum air yang banyak, kita akan kerap kencing, betul tak? Jadi setiap kali kita mengeluarkan air kencing, kita juga akan mengeluarkan sisa-sisa yang tidak diperlukan oleh badan. Proses perkumuhan dan penyahtinja akan menjadi lebih lancar dan sisa toksid dapat disingkirkan dari badan.
Sebenarnya memang banyak lagi kelebihan minum air yang cukup.
 “ Saya tahu minum air masak tu penting, tapi saya memang tak suka minum air masak”.

 Alahai macam mana ni ye? Sebenarnya, kita memang kena paksa diri kita untuk minum air masak. Kita juga mungkin boleh minum air yang telah ditapis. Jika kita minum air yang tidak ditapis, air akan berasa tidak sedap kerana air negara kita telah dirawat dengan klorin. Jadi, untuk membuatkan rasa air lebih sedap, kita boleh beli penapis air untuk mendapat air yang lebih berkualiti, sedap dan selamat. Shaklee juga ada penapis air (Water PitcherShaklee) yang mudah dibawa ke mana sahaja. 

Jom, mulakan hari ini minum air masak. Mulakan dengan sedikit dan tambahkan setiap hari sehingga sesuai dengan keperluan badan kita. Let’s start now. Its now or never! Let's live healty!



Love,
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141 
irnisuhanamuhamad@gmail.com

Water Pitcher Penapis Ajaib


Taraa! Inilah rupa penapis ajaib ni. Sekali tengok, nampak macam 'water heater' biasa saja kan? 

Ok, jom kita kenali Water Pitcher ini:
1.     Untuk satu blok penuras, 303 liter air atau 80 gelen air boleh dituras.

2.      Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat

3.      Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin.

Jom Buat Pilihan Bijak. Dapatkan air yang berkualiti dengan harga yang lebih jimat. jag ini ringan dan mudah di bawa. Sangat sesuai jika anda selalu bercuti dan boleh dibawa jika anda ingin bermalam di mana-mana bersama anak-anak. Anak-anak terjamin mendapat bekalan air yang bersih. Nak bawa pergi picnic dengan keluarga pun boleh :)


Love,
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141 
irnisuhanamuhamad@gmail.com
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=9c108d0cb8dd18ea82733a05930b1aed