Monday 15 June 2015

Saya dan Roomate Kesayangan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ini saya berpeluang untuk menyertai program saringan mata kat kampung kawan baik saya. Jadi, saya berpeluang jumpa rumate kesayangan saya ni.

Rin & Lin :P

Walaupun cuma setahun kami sebilik bersama, tapi banyak kenangan indah bersama. Kenangan paling indah bila kami sering tolak-tolak tak nak jadi imam, haha. Kami selalu solat maghrin n isyak sama-sama. Mula-mula, dia je yang jadi imam. Walaupun saya dahulu bersekolah semua perempuan, dan kalau dekat musalla sekolah, memang biasa orang perempuan jadi imam. Tapi, saya memang tak pernah berani nak jadi imam. Tambah-tambah kalau sembahyang maghrib, isyak, subuh sebab kena baca kuat sikit kan :P

Ha, sambung cerita tadi, masa mula-mula saya tak nak jadi imam, tapi lepas kena paksa, saya pun jadi la imam. Pastu sejak hari tu, kalau nak sembahyang, cepat2 rebut tempat makmum supaya tak payah jadi imam. Jadi, kalau nak sembahyang, memang selalu la berlaku adegan tolak menolak..Ish tak baik betul kan. Orang nak sembahyang, orang kena fokus kan.. ish3..

Kenangan yang saya tak boleh nak lupa jugak adalah, rumate kesayangan saya ni tersangat la suka basuh tandas. Jadi, kami selalu basuh tandas sama-sama. Sental lantai dan dinding bilik air sama-sama. Jadi, bilik air rumah kami tu memang lah bersih sebab kami memang selalu cuci :)

Sebenarnya memang banyak cerita bersama, tapi yang tu sajalah yang nak dikongsikan bersama. hehe


Wednesday 10 June 2015

Masalah kencing manis berkurang dan buah pinggang emak sihat.. Alhamdulillah!

Assalamualaikum

Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman emak saya mengamalkan Vivix. Saya rasa gembira sangat sebab boleh gembirakan hati emak. Emak lebih bertenaga dan lebih sihat. Alhamdulillah syukur sangat.

Bagi saya, Vivix is a gift from heart. Daripada seseorang kepada insan yang dia sayang. Kami adik beradik sayang emak dan kami cuma nak tengok emak sihat dan ceria selalu. Besar pengorbanan emak sejak kami kecil. Benda yang paling saya ingat adalah, saya ni jenis penakut. Jadi kalau malam-malam nak pergi tandas, saya akan kejut emak untuk teman ke tandas. Walaupun masa tu dah besar, tapi still takut dan kejut emak. Masa tu emak saya jual kueh dan kadang-kadang tidur lewat. Ada ketika, emak baru tidur, tiba-tiba saya ketuk pintu ajak teman pergi tandas. Sekali ketuk je pintu, emak terus bangun dan tak marah pun saya. Bagi saya, emak sangat baik. Kalau nak cerita pasal pengorbanan ibu, memang tak habis kan.. Ibu, engkau permata hati kami :)

Sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut mengenai Vivix boleh contact saya ye :)

LOVE,
IRNI SUHANA MUHAMAD
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com