Tuesday 26 July 2016

15 Idea Resepi Masakan Yang Cepat Siap dan Sedap

 Sebagai seorang ibu, kita mesti suka kalau dapat masak dengan cepat dan sedap kan. Ye la, banyak benda nak kene buat kan. Tambah-tambah kalau dah ada anak. Ok, kat sini saya compile kan resepi daripada kawan-kawan saya. Boleh rujuk resepi kat bawah tau. Boleh masak dengan cepat dan sedap :)

1. Resepi sup ayam simple, sihat dan sedap

 

Bahan2:

5-6 ketul ayam
1 biji bawang besar (potong 4)
5 ulas bawang putih (ketuk)
1 inci halia
1 sup bunjut
1 biji carrot
2 biji tomato
2 biji kentang
Air
Garam
Daun sup

Cara masak:
Masuk kan je semua tu dalam periuk kecuali totamo n daun sup. pastu tutup periuk, buat api slow je.

Sambil tunggu mendidih tu boleh la kite masak sayur ke nak g tgk anak dulu ke.

Nanti dah mendidih boleh lah kite masukkan tomato. N last sekali masukkan daun sup tu.

*x payah tumis bawang tu sebab x elok jugak tiap2 hari makan minyak2 kan..yg ni klu buat sambil jaga anak pun boleh..senang sangat..campak2 je..n x takut minyak terpercik kne anak kan..hehe


2.  salad peria

credit: jennifer balan


 1 biji peria (buang kulit dan hiris nipis - jika suka perap dengan sedikit garam dan ramas2 - kemudian bilas)
5 biji cili padi (hiris)
1 labu bawang besar (mayang)

1 labu bawang merah (mayang)
3 biji limau kapas (ambil airnya)
1 biji tomato (hiris)
sedikit ikan bilis, bersihkan, cuci dan tos
1/2 sudu garam
2 sudu gula

Campur kesemua bahan dalam satu bekas. Gaul bersama gula dan garam, dan perahkan air limau kapas. Biarkan selama lebih kurang 20 minit sebelum dihidangkan.


3.  Telur goreng special

kredit: Ani Haryani

Bahan :
4 biji telur (ikut berapa ramai kat rumah)
Minyak

Sos Cili
Kicap Manis

Caranya :
Panaskan kuali letakkan minyak, masukkan telur dan hancurkan, letakkan sos cili dan juga kicap manis. Hidang!

Kaedah :
Boleh di makan dengan nasi masa panas-panas atau pun waktu pagi boleh di makan dengan roti, untuk lagi best masak telur hancur dengan sos cili, kemudian letak pada roti, sapu planta dan letak mayonis.

Ya Allah sedapnya, boleh di bawa bekalan untuk anak-anak ke sekolah juga sarapan pagi.


4.  Nasi Goreng Noxxa


kredit: ebby mohfat
 

Bahan-bahan:


1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
1 paket Perencah Nasi Goreng (kalau buat sendiri lagi bagus)
1 mangkuk mix vagie (frozen) @ sayur yang digemari
1 mangkuk udang (ikut suka nak letak apa)
2 cawan beras (dibasuh & toskan)
3 cawan air (sukatan mcm masak nasi biasa)

Caranya:

1.Tekan butang stir fry & panaskan minyak
2.Tumiskan bawang & masukkan perecah serta sedikit garam.
3.Masukkan beras , mix vagie, udang & air secukupnya serta tutup periuk
4.Tekan butang high pressure selama 6 minit 5.Selesai masak,biarkan selama 5 minit.
6.Buka tudung periuk & kacau nasi. Siap untuk dihidangkan.
 


   


5.  telur kicap simple special

kredit: hearty. love. healthy

Nak masak telur masak kicap ni senang sangat.
1. Goreng telur mengikut kuantiti berapa orang nak makan.
2. Asingkan telur yang digoreng itu.

3. Potong setengah bawang besar dan seulas bawang putih. Tumiskan dalam minyak yang digunakan untuk goreng telur tadi.
4. Masukkan kicap mengikut kuantiti yang digemari.
5. Tambah air jika perlu.
6. Letak beberapa potong cili padi (jika taknak tak perlu. Jika nak rasa pedas, boleh tambah).
7. Boleh tambah potongan tomato.
8. Rasa tumisan kicap itu untuk memastikan secukup rasa. Tambah garam jika perlu.
9. Campurkan tumisan kicap dengan telur yang digoreng.
10. Sedia untuk dimakan bersama nasi 


6.  ayam dan sayur berkuah

kredit: syireen amerlim
 

BAHAN-BAHAN

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut :


1- Ayam
2- Cili Api
3- Bawang Putih
4- Sayur brokoli, baby jagung
5- Lemon

Banyak mana nak letak tu ikut suka hangpa la, ceq pun tak sukat..hihi


7. salad sihat sedap

kredit: anna md kasmin




Resepi salad sayur-sayuran
Sangat ringkas dan mudah


Campuran beberapa jenis salad
Sedikit buah-buahan
Dipotong mengikut citarasa anda
Campurkan sedikit moyonis
Digaul rata
Campuran salad ni memberikan khasiat dan serat ..
Boleh juga dimakan bersama nasi..menu diet sihat mudah dan cepat..
 


8. telur bungkus express

kredit: nabihah yunus
 Bahan-bahannya:
2 keping isi ayam dipotong kecil2
1/2 biji bawang holland dicincang halus

1 biji tomato dIbuang biji dan didadu kecil
1/2 batang daun saderi didadu kecil
1/2 peket sayur campur (carrot, jagung, kacang peas)
1 biji cili merah
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
Sedikit hirisan daun sup atau daun ketumbar
secubit garam jika perlu
Minyak untuk menumis
2 biji telur ayam

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang holland sehingga sedikit layu
2. Masukkan hirisan dada ayam dan kacau seketika biarkan sehingga isi ayam masa
3. Masukkan hirisan tomato, batang saderi, cili merah serta sayur campur dan dikacau rata
4. Perasakan dengan sos cili,sos tomato dan sos tiram dan kacau lagi.
5. Taburkan secubit garam jika perlu
6. Sebelum diangkat bolehlah ditaburkan daun sup atau daun ketumbar.
7. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan seratakan keliling kuali.
8. Pukul telur ayam tadi dan goreng dalam kuali dengan kaedah melenggangkan kuali sehingga telur sekata.
9. Letak kan inti di tengah-tengah dan bungkuskan telur tersebut
10. Biarkan telur garing seketika dan bolehlah di terbalikkan ke dalam pinggan.


9. Ayam kicap special express

kredit: shidotcom
 

Bahan2
------------
1/2 ekor ayam digoreng
bawang
bawang putih
Halia
Serbuk kari
Kicap
Sos cili dan tomato

Senang sangat cara memasaknya.. tumis bawang, bawang putih dan halia sehingga naik bau... lepas tu masuk serbuk kari dan masak sampai naik minyak..
Masuk sos dan kicap.. last skali masuk ayam...nyum2 siap

10. Tuna ball sihat

kredit: norazmiah mohamad
 Resepi Tuna Ball sihat

Bahan utama :

4 sudu chunks in water @flakes in water
1 biji kentang rebus dan dilenyek
1/2 biji bawang besar
Daun bawang (jika suka)

Spice :
Black papper
Garlic
Atau apa2 yg anda suka

Telur 1 biji dipukul sebentar

Gaul bahan utama dan spice sebati....bulat2 kan kecil2....salut dengan telur...panggang atas grill atau pan...siap utk dimakan...

Sedap dimakan bersama raw salad...

Selamat mencuba


11. Ikan masak stim express

kredit: ida khairani ahmad
 
Resepi Ikan Stim :

Ikan

Sayuran
Liquid Aminos All Purpose Seasoning
Kalau xada ganti dgn
Sos tiram & kicap manis.
Daun limau purut/asam keping
Garam

Resepi ni fleksibel ja, apa2 yg ada ja boleh letak.

Stim dalam 10-15minit sampai ikan masak.


12. sup telur ubi kentang

kredit: eja abu bakar

Bahan-bahannya:
2 biji ubi kentang sederhana besar(dipotong 6)
1 biji telur

1 batang carrot sederhana (potong baji)
1 ulas bawang putih ( ditumbuk/hiris)
21/2 cawan air
1 kiub pati ayam
Sedikit lada putih
1 sudu makan minyak

Cara-caranya:
1.Panaskan minyak
2.Kemudian masukkan bawang putih sehingga berbau wangi...jangan sampai hangit nanti pahit!
3. Masukkan air sehingga mendidih diikuti kiub ayam
4. Masukkan ubi kentang dan carrot. Masak sehingga ubi lembut.
5. Setelah itu, kacau sup tadi dalam bentuk membulat dan masukkan telur.

Siap.

Boleh makan dengan nasi atau pun begitu sahaja..


14. ikan masak cincuan

kredit: zeti hafiza zakaria
 

Bahan :


Ikan digoreng garing (apa² jenis)
*Bawang besar
*Bawang putih
*Halia
*Lada Merah/ Hijau
*Cili Api (kalau nak pedas)
*Kunyit (2-3 hiris je)
Air Asam Jawa (1-2 cawan je)
Garam
Gula (jika suka)
Minyak untuk menumis

Cara :
Hiris bahan bertanda *
Tumis bahan hiris
Dah kekuningan, masukkan air asam
Mendidih, masuk garam + gula untuk perasakan
Masukkan ikan goreng

Tips :
♡ Lebihkan halia untuk rasa 'cincuan'
♡ Asam keping boleh gantikan asam jawa
♡ Jika nak sayur dalam satu masakan, lebur je potongan lobak/ brokoli/ kubis bunga
♡ Resepi dipanggil Pindang Serani untuk versi berkuah (cuma tambah kuantiti air)
♡ Boleh transform jadi masak taucu dengan hanya tambah beberapa sudu taucu


15. mee sanggul goreng

kredit: suzaini ismail


 ::RESIPI MEE SANGGUL GORENG::

》Mee Sanggul tu rebus/rendam/masak dulu dengan air panas bagi lembut.


》Dalam kuali panaskan minyak (3 sudu besar), tumis bawang merah & putih yg dikisar.

》Bila bawang dah naik bau masukkan cili kering yg dikisar (2 sudu besar atau ikut kepedasan yg diingini).

》Masukkan sos cili/sos tomato & kicap sesedap rasa.

》Masukkan udang/ayam/sotong/daging. Perasakan dengan garam & gula atau nak mudah guna ja "Secukup Rasa"😉

》Lastly masukkan mee sanggul td, kucai & taugeh. Masak & gaul sebati.

》Siap! Bolehlah dihidangkan..

Makan besama-sama teh o panas..mmg best!


Selamat Mencuba! :)

Love,
Irni Suhana Muhamad
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com





Monday 25 July 2016

Hadiah Terbaik Untuk Ibu Bapa with Amazing Golden Set Shaklee

Assalamualaikum wbt

Teringat kecik-kecik dulu kan, mak ayah jaga kita dengan begitu baik sekali. Kalau nak dihitung perngorbanan mereka, alamat nya memang tak terhitung kan. Pengorbanan yang sebenarnya tak mampu pun nak dibalas dengan wang ringgit. Apa pun, bukan wang ringgit yang mereka harapkan, tapi perhatian daripada kita. Namun sebagai anak, kita wajib bagi duit kat mak ayah. Kalau mereka tak de duit, mereka takkan mintak pun dari kita. Jadi, tanggungjawab kita lah untuk bagi duit kepada mereka.

Pada usia emas mereka, mereka juga pasti inginkan kesihatan yang baik. Kesihatan yang baik untuk bebas bergerak ke sana ke mari. Boleh pergi masjid, boleh pergi belajar agama dan yang penting jugak, boleh bermain dengan cucu-cucu. Nikmat kesihatan itu memang tak tergambar. Walau duit banyak, tapi kalau badan tak sihat pun tak de guna jugak kan.

Baiklah, sebenarnya saya ingin mencadangkan hadiah terbaik untuk anda bagi hadiah kat mak ayah.





Ha, inilah dia Amazing Golden Set Shaklee. Set ni memang khas untuk diberi kepada warga emas bagi mendapatkan penuaan yang sihat dan menghilangkan sakit-sakit badan.

Set ini terdiri daripada:

1. Vivix

Vivix ni memang product premium daripada shaklee dan menjadi kegemaran kepada ramai orang. Vivix terbukti berkesan untuk membaiki kerosakan sel dari peringkat DNA lagi. DNA yang rosak akan dibaiki dan menghasilkan sel yang lebih sihat. Vivix juga menggalakkan penuaan secara sihat.

Pengambilan Vivix membuatkan badan mak ayah lebih bertenaga dan sihat. Sakit badan dan lenguh2 pun boleh hilang. Kalau mak ayah ada penyakit kencing manis ke, darah tinggi ke, lagi la wajib ambik vivix ni. Vivix bantu badan ajdi lebih kuat dan menentang penyakit tu. Wajib ambil Vivix!

2. Energizing Soy Protein (ESP)

ESP ni sangat bagus diambil untuk memberi tenaga kepada mereka. Tambahan pula ada yang tak lalu makan kan, so bila ambil ESP, dapatlah jugak bagi tenaga untuk mereka. ESP ni bagus diambil kerana mempunyai indeks glisemiks rendah dan sangat sesuai diambil oleh pesakit kencing manis.

3. Vitalea

Vitalea ni adalah sejenis multivitamin. Vitalea mampu membekalkan segala nutrien yang diperlukan oleh badan. Apabila badan mak ayah dapat nutrien dan zat yang cukup, badan mereka akan jadi lebih kuat dan sihat. Di samping tu, bila badan cukup zat ni, mestilah lebih bertenaga kan :)

4. Omega

Selalunya bila makin berusia, orang tua tends untuk ada darah tinggi sebab salur darah mereka makin kecik. Jadi, elok sangatlah bagi omega ini untuk cairkan darah bagi darah mengalir dengan baik. Omega ni jugak anti radang yang baik. Jaid, kalau mak ayah sakit lutut ke elok sangat lah bagi makan omega ni.

5. Ostematrix

Ostematrix ni kaya dengan kalsium, magnesium dan vitamin D. vitamin D tu membantu penyerapan kalsium dengan lebih optimum ke dalam badan. Penting sangat untuk mak ayah kita ni ambil ostematrix untuk elakkan tulang rapuh atau osteoporosis. Di samping itu, ostematrix juga bantu hilangkan lenguh-lenguh badan.

Yang best jugak, ostematrix ni boleh membantu proses nak membuang. Ada warga emas yang jadi sembelit bila nak membuang kan, jadi bila kita bagi ostematrix ni, insyaAllah proses pembuangan berlaku dengan lancar.

Jadi, jika anda tercari-cari hadiah terbaik ini, anda bolehlah hubungi saya. Ha, berita baik jugak, anda akan dapat kelebihan free membership bila ambil set ni tau. Tunggu apa lagi, hubungi saya sekarang :)

Love.
Irni Suhana Muhamad
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com

Miliki Kulit Idaman Dengan Set Gorgeous Shaklee @ Set Gojes Shaklee

Assalamualaikum wbt

Wanita semua nak cantik kan.. Tipu lah kalau ade yang tak suka nampak cantik kan..hehe,. Tambah-tambah kalau si dia puji, lagi la kembang kan ;)

Cantik memanglah subjektif. Tapi, bila ada kulit yang licin dan halus, kita pun akan rasa lebih yakin untuk berhadapan dengan orang kan. At least sedap mata memandang tu :)

Sekarang ni, Shaklee ade buat prmosi tentang Set Gojes Shaklee, bermula Julai sehingga September 2016.





Set Gojes Shaklee terdiri daripada:

1. Energizing Soy Protein (ESP)

ESP ni diperbuat daripada non gmo soy yang mampu memberikan tenaga berpanjangan kepada kita. ESP ni juga kaya dengan protein. Jadi, sel-sel baru yang tumbuh akan lebih berkualiti dan cantik kerana mendapat protein yang berkualiti dan mencukupi. Kulit akan menjadi lebih halus dan muka akan jadi lebih ceria sebab kita sentiasa bertenaga.

2. Vitalea

Vitalea ni adalah sejenis multivitamin. Sangat penting untuk kita mengambil Vitalea bagi mencukupkan keperluan nutrien badan. Apabila badan mendapat vitamin yang cukup, badan akan jadi lebih sihat. Sel kita yang baru tumbuh dah cantik setelah ambil ESP tu, ditambah pula dengan pemberian zat yang cukup kepada sel, kulit akan jadi lebih cantik. Disamping mendapat kulit yang cantik, badan juga akan jadi legih sihat dan susah dijangkiti penyakit.

3. Vitamin C

Vitamin C membantu penghasilan kolagen semulajadi badan. Kulit akan menjadi lebih cerah dan tegang. Vitamin C juga kaya dengan antioksidan. antioksidan ni dapat menyingkirkan radikal bebas dalam badan dan membuatkan kita lebih awet muda. Pengambilan vitamin C yang konsisten memang boleh mencantikkan kulit dan membuatkan kita kekal gojes :)

4. GLA Complex

Wanita dan hormon memang tak dapat dipisahkan. Bad mood masa nak datang bulan la, naik jerawat la dan macam2 lagi yang dikaitkan dengan hormon wanita. Sebab itu sangat penting untuk wanita ambil GLA bagi mengawal hormon dalam badan. Pengambilan GLA mampu mengawal hormon badan menyebabkan jerawat hilang, kulit makin cantik dan tak de la asyik bad mood sepanjang masa kan. Muka yang ceria mesti lah akan nampak cantik kan :)

Sape yang nak gojes dan bertambah-tambah gojes tu, bolehlah hubungi saya. Atau, anda boleh terus buat pembelian dengan klik gambar di bawah:

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=60df09fbc0e95a8d56ddbe5da179f829


Love,
Irni Suhana Muhamad
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com








Saturday 23 July 2016

Rawatan Alternatif Slipped Disc Tanpa Pembedahan

Rawatan Alternatif untuk masalah slipped boleh dibantu melalui nutrisi pemakanan. Apabila badan mendapat nutrisi yang cukup dan sempurna, secara ak langsung dapat membantu penyembuhan secara semulajadi dan mengurangkan kesakitan. Apakah nutrisi terbaik untuk memperbaiki struktur dan sistem tulang belakang?

Berikut adalah cadangan supplement yang diperlukan untuk pembaikpulihan dan pemuliharaan tulang belakang kita.


1. Vivix

Vivix ni memang produk premium shaklee sebab ia memang terbukti berkesan membantu banyak masalah kesihatan. Vivix membantu pemulihan kerosakan sel dan DNA. Vivix adalah supplement anti penuaan terbaik dan dapat menjaga keanjalan struktur disc pada tulng belakang. Dengan pengambilan vivix dapat membantu mendapatkan disc yg lebih sihat.


2. Omega Guard

Omega guard membantu mengurangkan inflamasi atau radang pada sendi. Ia juga membantu menghasilkan pelincir sendi yang berkuliti.

3. Ostematrix

Ostematrix ni kaya dengan kasium, magnesium dan vitamin D. Vitamin D yang terkandung dalam ostematrix membantu penyerapan kalsium yang lebih cekap ke dalam tulang. Kalsium yang cukup memastikan kita mendapat tulang yang kuat dan padat, juga penting untuk ligamen dan otot.

4. Advanced Joint Health Tablet (AJHT)

AJHT ni memang dihasilkan untuk kesihatan sendi. AJHT membantu memelihara ligament/tisu penyambung yang sihat. AJHT juga menyokong keselesaan sendi dan meningkatkan kesan kusyen sendi,



Sebarang pertanyaan, anda boleh lah hubungi saya ye.


Love,
Irni Suhana Muhamad
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com

Tuesday 19 July 2016

Kenali Apa Itu Slipped disc, Faktor & Rawatan Yang Diperlukan

Slipped disc ni apa sebenarnya? Sebelum kita fahami apa itu slipped disc, meh tengok gambar ni dulu supaya kita mudah faham apa itu sebenarnya slipped disc ni.


Gambar kat atas ni adalah gambar tulang belakng kita. Uniknya ciptaan Allah yang buat tulang belakang bagi lindungi saraf badan kita ni. Disc tu pulak sebenar nye adalah kusyen tulang belakang kia. Namun, dalam keadaan tertentu, disc ni boleh tergelincir atau dalam bahasa inggerisnya slipped. So, sebab tu ia dinamakan slipped disc.

Bila disc ni dah terkeluar dari tempat asal dia, disc ni akan terkena pada saraf tunjang di tulang belakang kita ni. Saraf akan tertekan apabila terkena disc yang tergelincir keluar tu.



Antara tanda-tanda awal slipped disc adalah: (berbeza setiap individu, bergantung kepada jenis dan lokasi slipped disc yang dialami)

  • sakit di belakang, leher dan bahagian bawah badan
  • kadang-kadang berasa kebas pada sesetengah bahagian bdan (bergantung kepada bahagian saraf yang terkena)
  • bahagian bawah badan terasa lemah dan jadi sukar untuk berdiri
  • Ada juga yng berasa kurang selesa dan gatal pada kemaluan
  • Sakit semasa bersin, batuk, berjalan dll
  • Susah untuk berdiri dengan satu kaki
  • Sakit belakang yang teruk dan ada kesan darah pada air kencing
  • Badan terasa lemah dan terasa menyucuk semasa berehat
  • Lemah tenaga batin dan sukar untuk bersama
  • Kesan yang berterusan boleh membawa kepada lumpuh


Kenali slipped disc







Faktor-faktor penyebab Slipped Disc

1. Faktor mekanikal: Postur badan yang tidak betul semasa mengangkat benda berat, bersukan atau kerja kasar. Berat badan berlebihan juga menjadi penyumbang kerana menyebabkan tekanan berterusan kepada struktur tulang belakang.



2. Faktor Trauma: Kecederaan otot atau patah tulang belakang akibat kemalangan, terjatuh atau kesilapan semasa pergerakan aktif atau sewaktu bekerja.


3. Faktor Nutrien: Kekurangan nutrien yang menyebabkan kemerosotan stabiliti dan elastisiti otot serta kerapuhan tulang (osteoporosis) akibat peningkatan usia.


4. Faktor  Genetik : Pembawaan genetik yang menyebabkan kemerosotan fungsi 'disc' itu sendiri.


Kaedah Rawatan


1. Rawatan thermal
bertujuan untuk mengurangkan kesakitan


2. Suntikan steroid
bertujuan untuk mengurangkan kesakitan


3. Fisioterapi
menjalankan senaman yang dikendalikan oleh ahli fisoterapi untuk menguatkan otot, juga menggunakan tuala panas pada bahagian yang sakit


4. Pembedahan
langkah terakhir, yang mana, discyang terkeluar akan dikikis. Untuk kes yang serius, kepingan besi akan dimasukkan untuk menyokong tulang belakang.

Namun, slipped disc ni mampu berulang walaupun telah diberi rawatan. Jadi, dapatkan makanan tambahan untuk menyokong badan anda dan mengelakkan kejadian ini berlaku lagi!

Klik di SINI untuk mengetahui Rawatan Alternatif Slipped Disc Tanpa Pembedahan

Love,
Irni Suhana Muhamad
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com


Monday 18 July 2016

FAQ Mengenai Alfalfa Complex Shaklee

1. Alfalfa Complex Shaklee diperbuat daripada apa?

Alfalfa Complex Shaklee diperbuat daripada daun alfalfa atau nama saintifiknya medicago sativa. Ia ditanam secara organik, maksud nye tanpa pestisid dan menggunakan baja organik, bukan baja kimia.

Kalau nak tau, akar pokok afalfa ni boleh capai sampai 6m ke dalam bumi. Bayangkan, betapa jauhnya akar ni boleh masuk ke dalam untuk serap segala nutrien dalam tanah tu. Mungkin sebab tu kot alfalfa ni digelar raja segala tumbuhan.

Selalunya, pokok alfalfa ni ambil masa selama 2 tahun untuk matang. Daun yang matang kaya dengan klorofil. Daun-daun dikeringkan menggunakan udara secara semulajadi supaya zat dia tak hilang.

2. Apa kelebihan Alfalfa Complex Shaklee?

Sebenarnya ada banyak kelebihan alfalfa ni. Salah satu yg terkenal adalah jamu moden untuk wanita. Wanita disarankan untuk mengambil alfalfa complex kerana ia membantu menyeimbangkan hormon dan sistem reproduktif wanita.

Alfalfa Complex juga mengurangkan masalah keputihan dan vagina berbau. Selain itu, alfalfa complex membantu meningkatkan libido wanita di samping berfungsi sebagai perapat.

Alfalfa jugak dapat melegakan keletihan. Almaklumlah wanita ni dah macam superwoman, macam-macam benda nak kene buat kan. So, bila ambil alfalfa ni kita lebih bertenaga dan tak lesu je.

Bagus jugak kita ambil alfalfa ni sebab dia bantu buang toksin dari badan kita. Alfalfa jugak bantu buang lemak dan kolestrol dari badan. Jadi, kita akan jadi lebih sihat dan muka pun akan jadi lebih berseri-seri 😉

3. Berapa harganya ni?

Sebotol kecil mengandungi 330 tablet adalah RM 53.75 sahaja. Bagi saiz besar 700 tablet adalah 97.50. Kalau beli botol besar dapat lagi jimatlah sebab lagi banyak.


Love,
Irni Suhana Muhamad
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com