Monday 16 May 2016

Tips Memilih Kanta Cermin Mata

Assalamualaikum..

Alhamdulillah Irni dah dapat spek baru..hari tu Irni dah buat spek mata jenis photogray. Spek tu ok, cuma nye Irni rasa kurang selesa. Sebelum ni Irni dah biasa guna lens Hoya Nulux Transition, jadi bila tukar kepada yang jenis biasa, Irni rasa tak selesa.

Memang terasa sangat perbezaan bila pakai lens hoya dan lens biasa. Walaupun power sama, jenis bingkai lebih kurang sama, tapi kuali penglihatan berbeza!

Yg best sangat dengan Hoya Nulux Transition ni:

📍Mata lambat letih sebab lens nulux ni dia jenis flat, kalau lens biasa selalunya dia jnis curve. Ibarat kalau kita tengok tv jnis flat screen n curve screen, mesti yg flat lg best nak tengok kan☺

📍Cermin transition ni lebih cepat bertukar jadi gelap di tempat panas n cepat bertukar jadi putih balik bila masuk dalam bilik.

📍 Lens susah nak kotor, berminyak dan terlekat thumbprints.. Kalau lens kotor pun, kita boleh lap dengan mudah guna kain pengelap spek. Macam saya ada anak kecik yg selalu terpegang dekat lens, memang bahagia la rase sebab senang nak bersihkan balik. Bila lens bersih, pandangan pun selesa.

📍 Lens ni tahan calar, memang susah nak calar. Previous spek saya yang guna lens hoya sampai dah 5 tahun tak calar. Memang tahan sangat.

Tips pilih lens cermin mata:

1. Pilih lens yang berkualiti supaya mata lambat letih.

2. Pilih indeks lens yang bersesuaian dengan power mata anda. Kalau power tinggi, lebih baik ambil indeks yang tinggi supaya lens lebih nipis.

Kalau ambil lens yang nipis, transmisi cahaya lebih cepat sampai ke mata, pandangan lebih selesa.

Lens yang mempunyai indeks tinggi juga lebih keras.

3. Pilih lens yang tahan calar supaya pandangan kita sentiasa jelas. Kalau lens dah calar, pandangan kita juga akan menjadi kabur.

4. Pilih lens yang senang dibersihkan dan susah nak lekat habuk. Jimat masa, tak perlu nak lap spek sepanjang masa..

5. Boleh pilih special lens, seperti web lens untuk kerja-kerja komputer sebab memang dapat membantu mata supaya lambat letih. Tambahan pula, kalau seharian kerja mengadap komputer, memang berbaloi pilih lens ni untuk bekerja.

6. Pilih yang jenis tempat panas jadi gelap seperti transition atau photogrey supaya mata kita secara automatik akan dilindungi apabila berada di tempat panas.

Ok, itu sahaja yang Irni nak kongsikan. Namun, kita boleh sesuaikan dengan bajet kita. Selamat mencari spek yang sesuai☺

Love,
Irni Suhana Muhamad
014 515 7141