Friday 17 June 2016

Cara atasi pedih ulu hati

Pedih ulu hati semasa puasa? Bagaimana nak hilangkan pedih ulu hati?

Langkah awal mencegah pedih ulu hati boleh dibantu melalui pengambilan suplemen kesihatan. Di Shaklee, terdapat kombinasi produk yang sangat sesuai diambil oleh pesakit masalah pedih ulu hati iaitu:

Set Gerd (pedih ulu hati)

❤️ Peppermint-Ginger Plus:

Mengandungi daun pudina, halia, jintan manis dan jintan hitam yang membantu melegakan masalah pedih ulu hati dan ketidakselesaan perut dan usus, mengatasi masalah penghadaman dan melegakan otot perut.

❤️ Alfalfa Complex:

Alfalfa yang bersifat alkali mampu meneutralkan kembali asid yang berlebihan di dalam esofagus.

❤️ Energizing Soy Protein (ESP):

minuman protein yang membantu memberi rasa kenyang lebih panjang dan mengelakkan makan secara berlebihan.

Juga membantu menghasilkan semula sel-sel baru yang sihat bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid yang digunakan untuk proses pencernaan makanan.

❤️ Ostematrix:

Mengandungi mineral penting kalsium, magnesium yang membantu meneutralkan asid yang berlebihan serta mambantu mengatasi komplikasi lain masalah pedih ulu hati.

Love,
Irni Suhana Muhamad
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com

Wednesday 15 June 2016

Kenali Bentuk Badan Anda dan Tips Kurus Berdasarkan Bentuk Badan

 Anda ada masalah berat badan? Dah try buat macam-macam tapi masih tak jugak kurus? Jom kenali dulu apa sebab yang menyebabkan badan anda naik. Dah tahu sebab, senanglah kita nak selesaikan masalah kan.

Sebelum tu, tengok dulu gambar ni. Bentuk badan anda jenis yang mana?


Tengok pada gambar, dan tengok pada bahagian bawah, yang mana satu penyebab obesiti badan anda. Disertakan juga sedikit tips untuk anda membantu menguruskan badan.


1. Obesiti disebabkan makanan

Kebanyakan orang yang mempunyai masalah gemuk disebabkan oleh sebab ini. Pengambilan makanan yang tidak terkawal dan melebihi nilai kalori yang diperlukan oleh badan boleh menyebabakn kegemukan.

Tips kuruskan badan:
  • jaga 'portion' makanan. Kurangkan makanan berlemak, banyakkan makan sayur dalam setiap hidangan. 
  • kurangkan kuantiti makanan yang dimakan, tapi jangan sampai tak cukup nutrisi pulak!
  • elakkan mengambil gula putih. Tukar dengan gula perang atau stevia.
  • buat senaman, sebaiknya 30 minit setiap hari.

2. Obesiti disebabkan kurang aktiviti dan pergerakan

Selalunya berlaku kepada orang yang pernah aktif seperti bersukan, tetapi pada satu masa terpaksa mengurangkan aktiviti, badan akan mudah naik pada bahagian tertentu.

Tips kuruskan badan
  •  jika anda sudah tidak berpeluang untuk hidup aktif seperti dulu, anda boleh menjaga pemakanan dengan makan sedikit tapi kerap
  • pastikan makanan yang diambil cukup zat dan nutrien yang diperlukan oleh badan.

3.Obesiti disebabkan tekanan hidup

Masalah berat badan ini berlaku akibat daripada perasaan tertekan, resah  dan mungkin kesedihan. Perasaan ini boleh mendorong seseorang untuk makan banyak bagi melupakan perasaannya.

Tips kuruskan badan:
  •  bersenam 30 minit setiap hari bagi menghilangkan stress dan juga membuang lemak.

4. Obesiti disebabkan metabolic

Bahagian perut nampak seperti 'bengkak' dan lemak terkumpul pada bahagian perut, selalunya dikaitkan dengan orang yang banyak minum minuman beralkohol. Mereka juga boleh mengalami masalah bernafas.

Tips kuruskan badan:
  • Hindari minuman beralkohol

5. Obesiti disebabkan hormon tak stabil

obesiti jenis ni selalunya berlaku kepada wanita yang hampir menopause atau wanita yang mempunyai mempunyai hormon tak stabil.

Tips kuruskan badan:

  • Elakkan duduk terlalu lama
  • Berhenti merokok dan minuman alkohol
  • Bersenam setiap hari

6.Obesiti sebab peredaran darah kurang baik

Selalunya obesiti jenis ini adalah disebabkan genetik. Selalunya oyang yang gemuk jenis ini mempunyai kaki yang bengkak.

Tips kuruskan badan:

  • Bersenam setiap hari
  • Makan makanan berkhasiat. (obesiti jenis ini susah untuk kurus kembali. Sebab tu, perlu jaga pemakanan dengan baik) 
 Semoga anda mendapat manfaat. Untuk mendapatkan ebook percuma dan tips-tips lain, sila klik SINI 

Sekian sahaja daripada saya.

Love,
Irni Suhana Muhamad
014 515 7141
irnisuhanamuhamad@gmail.com

Monday 6 June 2016

Cara Bantu Anak Mula Puasa

Cara bantu anak mula berpuasa

1. Beritahu anak kebaikan berpuasa

Anak-anak zaman sekarang ni makin bijak. Bila kita terangkan kebaikan puasa kepada mereka, mereka mesti lagi semangat.

Ceritalah kebaikan puasa bantu rehatkan sistem pencernaan, mesin-mesin dalam perut kita pun nak rehat jugak. Tiap-tiap hari dah kerja kuat, jadi, perut kita akan happy bila kita bagi dia rehat kejap.

Bila kita puasa juga, kita boleh rasa penderitaan   orang yang tak de makanan. Kita boleh rasa lapar, dahaga. Anak-anak akan lebih menghargai makanan dan lebih bersyukur dengan kehidupan mereka.

2. Kongsi pengalaman berpuasa anda semasa kecil

Anak-anak sebenarnya seronok boleh dengar mak ayah mereka bercerita. Cerita lah masa kita kecik dulu, bagaimana kita mula puasa. 

Anak-anak mesti excited nak lalui pengalaman yg pernah kita lalui. Nanti, boleh la diorang cerita pengalaman diorang kat anak diorang plak!

3. Bertukar pandangan dan cerita dengan ibu bapa kawan anak

Sekarang ni mudah. Teknologi makin canggih. Buat je group whatsapp sesama mak kawan anak-anak kita.

Sambil-sambil boleh bertukar pendapat, boleh la kongsi pengalaman anak masing-masing nak start puasa.

Anak-anak akan lagi semangat kalau     kawan-kawan diorang pun puasa jugak. Kat sekolah nanti, xde la orang yang nak ajak pegi kantin waktu rehat pulak kan 😂

4. Kejut anak bangun sahur

Malam sebelum puasa, bagitau anak awal-awal yang kita akan kejut mereka bangun sahur, sebelum subuh lagi. Ini penting supaya mereka tahu dan get ready bila kita kejut.

Anak-anak wajib bangun sahur supaya mereka mempunyai tenaga pada siang hari. Tambahan pula selalunya jadual mereka pada siang hari pun sibuk seperti ke sekolah, kelas tusyen, mesti lah buat badan mereka penat bila tak makan.

Jadi, sangatlah penting mereka mendapat bekalan tenaga semasa sahur.

5. Berikan makanan tambahan

Pada waktu sahur, kadang-kadang anak tak selera nak  makan. Minum air pun sedikit. Kita sebagai ibu ni dah semestinya risau dengan anak-anak yang puasa ni.

Saya syorkan anak-anak mengambil set puasa kanak-kanak yang terdiri daripada mealshakes, performance drink dan vitamin c.

Mealshakes: Terdiri daripada sumber karbohidrat, protein, lemak perlu dan vitamin yang diperlukan oleh anak-anak. Rasa vanilla nye rasa best sangat. Rasa macam aiskrim gitu. 

Pengambilan mealshakes bantu anak     untuk rasa lebih kenyang dan bertenaga sepanjang hari.

Performance drink: bancuh performance drink dengan rasa oren yang sangat sedap supaya anak     kekal hidrat. 

Performance drink sejenis minuman     isotonik tanpa gula yang membahayakan     kesihatan dan    bukan air gas. Performance drink bantu air untuk kekal dalam badan. Tambahan dengan cuaca panas, anak-anak digalakkan sangat bersahur dengan performance drink.

Vitamin c: vitamin c chewable     yang sedap     dan rasa masam-masam gitu. Vitamin c penting untuk meningkatkan imunisasi badan anak. Apabila bulan puasa, jadual makan anak berubah, imun badan yang kuat elakkan mereka dari jatuh sakit.



6. Raikan mereka berpuasa

Ada orang meraikan anak berpuasa dengan     memberi hadiah seperti     duit kepada mereka. Terpulang kepada kreativiti     ibu bapa cara untuk     meraikan mereka. 

Bagi saya, hadiah     yang diberikan kerana mereka berpuasa juga boleh diaplikasikan    apabila mereka solat. Disamping galakkan    anak-anak belajar puasa, galakkan mereka     untuk     belajar solat juga.

Apabila     mereka sudah pandai   solat, insyaAllah mudahlah nanti untuk kita membentuk mereka.

Setakat ini sahaja perkongsian daripada saya. Semoga berjaya semua ☺

Love,
Irni Suhana Muhamad
014 515 7141

Wednesday 1 June 2016

Alhamdulillah..

Im feel like crying to see this pictures..This pictures has been sent by my parents from mekkah..Alhamdulillah they have given chance to perform umrah this year..




Alhamdulillah..syukur sangat..this is my dream..to see them to be in mekkah..ya i know my parents must be happy if they given chance to go there.. btw, i have wrote about the dream last january 2016..dengan izin Allah, my dream comes true..


Sebenar nye impian saya ni sejak 2012 lagi, tapi saya tak tulis..bermula semasa tahun 2014, semasa saya ke IMKK, saya tulis impian ni..dan selepas dapat task dari master lyna noh to #viralyourdream, saya come out with this picture..

Mase mula2 kami adik beradik tawarkan nak bagi hadiah trip umrah untuk mak ayah, ayah menolak..maybe sebab ayah tak nak susahkan kami..kami dah puas pujuk, tapi ayah tak nak..sampai mak pun cakap xde hati nak pegi sebab ayah tak nak pegi..

Tapi, lepas mak pujuk, alhamdulillah ayah terbuka hati jugak nak terima. Saya tau, ayah tak nak susahkan kami..rupe nye sebelum ni ayah pernah survey pakej umrah kat travel agency, tapi tak dapat pergi sebab duit belum cukup, maklumlah dulu2 mane sempat nk simpan duit sebab anak2 masih belajar..

Tu lah ayah saya..kalau boleh dia tak nak susahkan anak2..walaupun memang teringin nak pegi, tapi x nak terima duit anak2 sebab takut menyusahkan.

Alhamdulillah..saya syukur sangat..terima kasih Allah..segala puji hanya bagi Allah yang maha berkuasa..

Jom berimpian!